al-Fatihah to Arwah Untie Nina~

baru je sabtu lepas (25 julai 2009) , hari yang aku hepi giler, tp semalam (khamis, 30 julai 2009), adalah hari sedih aku..

Norina bt Maznah, atau panggilan Untie Nina, mengidap penyakit kanser paru2, meninggal dunia semalam pada usia 41 taun, dah lame dah beliau mengidap penyakit ni, tetapi Allah S.W.T lebih menyayangi beliau.


(khamis, 30 julai 2009)

9.30pg - mama aku kejutkan aku, die bgtau yg mama n papa nk g hospital putrajaya, nak tgk Untie Nina, alia(kakak 2nd) pun keje half day je ari ni, die ikut skali, mama ajak aku g skali, coz mama kata Untie Nina koma. aku pun terus je bangun g mandi n bersiap sedia.

10.30pg - breakfast kejap, aku tanye la mama, dah bgtau jaimi(abg) ngan saida(kakak 1st) ke pasal Untie Nina.? mama blum bgtau lg, pttnye diorg g la melawat Untie Nina tu, doktor kata mcm dah xde harapan dah je. aku pon dah mcm terkejut, tp aku tetap pikir positif yang Untie Nina xkan apa2.. then lepas breakfast, kul 11 kitorg gerak ke KL.

12.30pg - henset aku berbunyi, nombor yg call aku xde plak save dlm hp aku, so aku tatau sape call, then aku angkat tepon, dgr suare maybe Untie Ajan or Untie Sam call aku, nak bercakap ngan mama, so aku pass la hp kat mama, bile mama abis bercakap je, mama kata kat papa yang Untie Nina dah meninggal, aku terdengar, then aku tersebak, suasana dlm kete tu senyap je, Untie Nina merupakan adik pada mama aku. mama mula cuba call sedare2 len nak bgtau berita ni termasuk lah abg n kakak aku. aku just senyap je dlm kereta tersebut. kemudian, sampai je kat ampang, kitorg jemput alia kat stesen LRT cempaka, then trus gerak ke putrajaya.


1.30ptg - sampai je hospital putrajaya, aku, alia n mama terus gerak ke bilik mayat, papa stay kat lobby, berborak dgn Uncle Zali, sesampai je ke rumah mayat, ternampak Untie Uda lambaikan tangan utk menunjukkan kearah dia, then Untie Uda suruh la masuk ke bilik mayat, kitorg pon masuk la, disitu aku nampak Uncle Tu-E, dan sedare2 lain, kemudian aku nampak Untie Nina, yg terbaring diatas meja, sambil ade org yang tgh membalutkan kain kapan lapisan ke-3. aku tersedak, aku terkejut, aku xleh nak berkata apa, dan aku xbleh terima yg Untie Nina sudah tiada, aku nampak mukanya, terbaring. aku mula sedih. air mata aku mula berair, aku lihat sekeliling, alia juga mengalirkan air mata, mama pula bersama2 ngan Untie Ajan n Untie Sam berpelukan dengan penuh kesedihan. aku hanya mampu melihat. mereka ber-3 adalah yg sering menjaga Untie Nina sejak masuk hospital di putrajaya. kemudian mcm2 dlm fikiran aku terbygkan kenangan manis bersama2 ngan Untie Nina dr waktu dulu, sejak aku kecil, sehingga la kali terakhir aku jumpe dan berborak ngan beliau sebulan yang lalu. aku mula sedih dan seperti xmampu nak berdiri lg, lalu aku kuar pada bilik tu dan duduk bersama2 papa di luar. aku senyap je, xmampu nak berkata2 apa.


2.15ptg - aku hanya duduk di luar bilik mayat, dan mendiamkan diri. mmg xmmpu nak berkata apa2. di barisan kerusi tu, ada juga bersama dgn Uncle Syukri, papa, alia dan juga isteri Uncle Duan. kemudian alia masuk balik ke bilik mayat tu. aku tetiba rasa ingin sgt melihat Untie Nina buat kali terakhir. bila aku nak bukak pintu je, mama pon keluar, "eh ajim, awak nak tgk muka Untie Nina buat kali terakhir sebelum tutup.?", aku dgn automatic ckp "Nak.!", then mama aku pon suh aku masuk then mama suh la aku cium dahi Untie Nina. aku terus merapatkan diri dekat ngan Untie Nina yg terbaring berkain kapan, then aku cium dahi die. selepas dr itu, aku mula menangis. selama ini, dgn kasih syg yg beliau beri pada aku, dpt juga ku balas dengan ciuman di dahi beliau. ku trus mengalirkan air mata, kan ku harap beliau dpt lihat dan rasakan ciuman aku itu. itu yg termampu aku berikan. kemudian muka beliau ditutupi dengan kain kapan. aku terus keluar pada bilik mayat dan menyendirikan diri keseorangan.



3.20ptg - aku imbas kembali kenangan bersama Untie Nina, kenapa beliau sgt special pada diri aku.?? sebab beliau layan aku sebagai anak sedara lain dr yg lain brbanding dgn kazen or adik bradik aku lain, beliau curahkan kasih syg padaku lain dr kazen n adik bradik aku yg len. thats why she was so special to me. aku ingat lg beliau slalu belikan aku hot dog 1901, jersi bola (aku masih simpan jersi yg beliau hadiahkan pada aku) masa aku kecik, beliau pon pernah bwk aku jalan2 sekitar KL, dimana masa tu aku kecik n jakon gler tgk bandar tinggi kat KL, aku still ingat detik tu sampai skang. pada tahun ni, aku sempat jumpa beliau 2 kali je, 1st, dlm bulan 3 or 4 mcm tu, dimana alia blanje makan that day, kat ampang park, time tu ade la aku, shaufiq(madi, kazen), siti nor(kazen), Untie Ajan, Untie Sam, Ema(kazen) dan Untie Nina, masa tu kitorg makan mcm2, best, ye la, alia blanje, :) , dpt gak makan skali ngan Untie Nina, Untie Nina pon makan byk gak masa tu. sehat je tgk beliau. then lepas beberapa minggu, beliau dah masuk hospital putrajaya. 2nd time aku jumpe beliau, bulan lepas, aku n mama gerak dr raub n stay kat umah Untie Sam kat putrajaya, precint 10, utk melawat n menjaga Untie Nina, masa aku n mama mula2 sampai, dpt la lihat beliau ngah tido masa tu kat wad, kitorg xnak la kacau, tetapi beliau terjaga, seperti tau je kehadiran kitorg. masa tu ade la siti nor, Untie Sam, mama, saida n aku. kitorg pon borak2 la, tanye mcm mane keadaan, sape dtg melawat, then masa tu ade plak surat khabar, tunjuk pasal Nana radio era kawin, borak plak pasal suami si nana tu mcm faizal tahir la, mcm2 la. then sampai plak makan malam utk Untie Nina, chicken chop.! wau, best.. tp Untie Nina xnak makan chicken chop tu, tp die nak makan nasi ngan lauk yg Untie Sam bwk, so sape nak makan chicken chop tu.?? aku la yg makan.. huhu. Untie Nina pon suh aku makan sebab dulu ade skali kazen aku si shaufiq yg mkan. so skang turn aku plak yg makan. lepas dah siap sume, masa melawat pon dah habis, kitorg pon pulang ke rumah Untie Sam, masa tu la aku last skali salam n cium tangan Untie Nina dan melihat beliau masih bernyawa. kali ni pula, aku dapat melihat Untie Nina, tetapi tidak bernyawa seperti dulu......


4.15ptg - masjid putrajaya, disinilah aku berjumpa shaufiq, kazen aku, gerak bersama2 mengambil air smayang, dan bersama2 solat jenazah. ini lah kali pertama aku melakukan solat jenazah, aku cuba melakukannya sehabis baik mungkin dan mematuhi langkah2 yg patut aku lakukan semasa aku blaja dengan ustaz dahulu. aku dengan penuh yakin dan harap solat ku ini diterima oleh Allah S.W.T untuk beliau. selepas selesai je solat jenazah, aku bersama2 pakcik2 aku yang lain, turut sama kazen aku, mengangkat jenazah ke van jenazah yg sedang menunggu di luar masjid. seletah selesai masukkan jenazah ke dalam van, azan solat Asar berkumandang, kemudian kami semua selesaikan solat Asar then trus ke tanah perkuburan putrajaya.




5.00ptg - aku naik kereta bersama papa, mama menaiki van jenazah, alia naik kerete saida, jaimi bwk kete die n follow blakang van. aku n papa agak jauh ketinggalan keblakang disebabkan traffic light semasa perjalanan ke tanah perkuburan. sesampai je kami kat tnah perkuburan, aku keluar pada kete, then trus je ke kubur. ternampak mama panggil aku dr jauh, seperti suruh aku dtg cepat, aku pon mempercepatkan langkah aku ke arah mama, rupa2nya, mama suruh aku bersama2 Uncle Tu-E dan jaimi masuk dlm kubur untuk bantu memasukkan jenazah ke dalam kubur. aku pon sedia membantu, aku tanggalkan selipar dan jam tangan aku. kemudian ade abg yang arif ttg pengkebumian islam ni, mengajar aku cara utk menyambut jenazah masukkan kedalam kubur. tangan kiri hendaklah dibahagian atas, dan tangan kanan dibahagian bawah. aku patuh. aku pun masuk ke dalam kubur tersebut. aku capai kaki jenazah, Uncle Tu-E sebelah aku capai dibahagian pinggang jenazah, jaimi pula dibahagian kepala jenazah. kami perlahan2 meletakkan jenazah didasar kubur dan menyendengkan jenazah sebelah kanan supaya jenazah mengadap kiblat. hanya waris terdekat sahaja yg boleh memasukkan jenazah ke dalam kubur. kemudian ikatan pada jenazah perlu dibuka, dan meletakkan beberapa tanah keras dan besar ke bahagian kaki, pinggang, kepala dan juga muka jenazah. setelah selesai semua tu, aku dan Uncle Tu-E naik ke atas, tinggallah jaimi dan abg2 yang menguruskan pengkebumian tersebut untuk memasukkan tanah ke dlam kubur. bila aku melakukan semua ni, aku berasa tenang, tak tahu mengapa, aku lihat sekeliling, ramai sedare2 aku dah berkumpul berbanding semasa aku di hospital putrajaya. aku percaya, roh Arwah dpt melihat kami semua berkumpul demi beliau. setelah semua sudah siap, kami duduk bersama2 di blakang Imam masjid putrajaya, membacakan doa untuk beliau. kali ini aku mula menangis, aku cuba bertahan, menahan air mata aku. setelah tamatnye doa, mama dan adik beradik Untie Nina yg lain menyimbah air di kubur dan menaburkan bunga diatas kubur beliau. aku hanye melihat, bersama adik bradik aku yg len. kemudian hati aku kembali tenang, melihat beliau selamat dikebumikan. keadaan disitu agak nyaman dan sgt tenang, cuaca yg redup dilindungi awan, angin bertiup dingin.. sungguh tenang, sudah lama aku xmerase se-tenang mcm ni.. ku senyum, dan berkata dlm hati, "selamat tinggal Untie Nina, selamat tinggal buat selama-lamanya. smoga kite jumpe di akhirat kelak."


7.00ptg - aku, papa, saida, alia pulang ke rumah saida di sg buloh. mama bermalam di rumah Untie Sam, jaimi balik umah die.




itu lah satu hari penceritaan aku. Untie Nina, seorg yg tabah, happy go lucky, suka blanjakan duit utk org lain berbanding diri sendiri, sentiasa gembira, ambik berat serta ada je masa nak luangkan masa bersama2 adik-bradiknya dan anak2 sedarenya.. beliau ditidak pernah berkahwin, tidak pernah ada keluarga sendiri, malah keluarganya adalah adik-bradiknya dan anak2 sedarenya dan cucu2 sedare nya, disitulah beliau curahkan kasih sayang beliau. terima kasih segala2nya, terima kasih segala kasih sayang, terima kasih segala hadiah drmu, terima kasih segala makan minum yg kamu blanjakan, terima kasih segala masa yg kamu luangkan, terima kasih segala2nya, everything, everything, everything that i dont know how i should say thankful to you. seperti perkataan terima kasih tidak cukup untuk mu. sampai disini sajalah kita dpt bertemu. semoga roh beliau dicucuri rahmat-Nya dan berada disisi Allah S.W.T. Amin.....






al-Fatihah.........

6 komen:

faten edura... said...

al fatihah utk mak cik ko..
aku paham apa yg ko rasa sbb aku pnah kehilangan org yg tersayang..
semoga roh mereka dicucuri rahmat..
amin..

momoQue said...

huhu
salam agym
ermmm
sedey citer ko
siyes aku menitik air mata gak
huhu
aku doakan semoga roh auntie ko dicucuri rahmat
amin~

Ayeen said...

al-fatihah. takziah utk family agym..

aGym said...

x)

muNee said...

takziah utk ko n family...
moga roh arwah dicucuri rahmat...amin

Salma Zais said...

agym
aku rase bsalah sgt tak dpt jumpe dia buat kali terakhir..
tak sempat...
sedih sgt2..
al-Fatihah