Hard Rock Rising


Hard Rock Rising adalah battle of the band (BOTB) yang dianjurkan oleh Hard Rock Cafe. BOTB ni bukan buat kat Hard Rock Cafe Malaysia je, malah satu dunia. So, band yang menang battle ni akan wakil Malaysia, then akan ke luar negara lawan dengan juara BOTB dari negara-negara lain pula. tgk la flyers kat atas tu, mewah reward dia.!

So nak jadikan cerita, band kawan UiTM Jengka aku, Min, mintak aku jadi sessionist 2nd gitar band dia, iaitu, Flip Fall 90, band music pop-punk-rock/alternative. Total band yg dapat masuk BOTB ni ada 9 band. Aku pon ok je, then practice punye practice, band kitorg dapat Qualifying Event 1. So battle la, ade 3 band on each qualifying. Jadikan ringkasan, band kitorg menang masa qualifying tu, dapat la masuk final. Juri masa tu ialah Andy Flop Poppy, Edry Hashim dan Combat (The Pilgrims).

Final pon ada 3 band juga, Flip Fall 90, The Nose, dan Floor 88. Masa aku dengan Evidence Speaks masuk battle Celcom Crash UOX dulu, pernah la jumpa band Floor 88 ni. Vocalist dia mantap bai.! thumbs up.!


 So time final battle, juri pun sama, band kitorg kena perform no.2, selepas The Nose. Tight gila weyyh band ni, yela, budak muzik + knowledge + practice, mmg salute la. kagum aku. Masa band kitorg perform, crowd pon supportive, sempoi. Kitorg main 3 lagu sendiri, 'Mr.Deed', 'Replacement', 'Jelly Boy'. Aku x  berapa puas hati sangat dengan performance aku time ni sebab tatau, rasa kekok dan ada silap main sana sini, nervous kot. xpe la, layan je. :P

Min (Lead Guitar)

Lepas band kitorg, band Floor 88. Yeah, vocalist still mantap, boleh high note bai.! haha.. Tight, music arrangement pon nice. Banyak peningkatan band ni. kagum aku.

Amir (Vocalist)

Bila dah selesai semua, band yang menang adalah...................... The Nose.!!! Congratulation.!! diorg memang layak pegi final pon. hoho.. So kitorg pon accept dengan result dan bersalaman dengan semua org yg involve battle tu.


Actually pengalaman dapat perform kat Hard Rock Cafe ni agak special dalam hidup aku. Yela, pada aku, orang yang betul-betul talented dan berpotensi je dapat main kat stage mcm tu, contohnya Wings, May, Search, dan lain-lain. Peluang aku dapat perform atas stage yg sama adalah peluang yang aku betul-betul hargai. Thanks Min sebab ajak aku main skali ngan band Flip Fall 90. Kalo tak, ntah bila la aku dapat merasa atas stage tu. :)

Farid 'Pedang' (Keyboardist)





0 komen: