#throwback : LTDL 2005

6-2-2005
6-2-2017

12 years ago.

#trowback sempena le tour de langkawi tak lama lagi, aku ada gambar nak share. ni aku dan finalist masa event 'Mainan Siber' (e-Sports nowadays) back in 2005, part of le tour de langkawi event, game 'Mat Hoffman Pro BMX 2' on PS2. setiap negeri wakil 2 orang (Juara dan Naib Juara) berkumpul di KL utk gelaran Juara antara Juara. Aku wakil Pahang.

semua yang wakil negeri tu dapat hadiah Nokia 7260 (RM1000 that time i think). nak tak nak, kene collect kat KL. kalau tak datang, hadiah burn. kalau Juara antara Juara tu dapat duit rasanya. aku kalah by the way. lol. tapi seingat aku, time bagi hadiah, Najib yang bagi masa tu. hahahadoii.

asalnye, aku dulu syok sendiri main game kat rumah je. PS2 pun abang aku Jim Dominoe's kasi pinjam time cuti sekolah dulu. bila start sekolah, die ambik balik. then kebetulan ade game mat hoffman, tu praktis main utk gain highscore dan unlock item je. then bila ada peluang competition, just for fun dan try nasib. dan ada rezeki, alhamdulillah. 

Masa ni fun gila sebab dapat berjumpa minat yang sama dari negeri lain. but malangnye after event terus lost contact. dulu mana ade nak contact via social media walaupun ada mirc, friendster dan myspace that time.

p/s: cuba teka mana satu aku? hahahaha. oh. teka mana satu Juara antara Juara dalam gambar ni. kekeke.


0 komen: