Autograph MUSE

Al-kisah, Feb 2007, MUSE live in KL. Gerak naik bas dari UiTM Jengka ke Stadium Negara secara berseorangan. Enjoy konsert pun berseorangan. Tapi puas! Ingin berjumpa mereka selepas tamat konsert, tapi tidak berjaya. Aku anggap tiada rezeki. Aku gerak keluar stadium, dengan keadaan puas hati. Sedang aku berjalan ditepian jalanan, aku nampak satu kereta limosin hitam, bercermin gelap, keluar dari belakang stadium bersama polis bermotosikal. Lalu depan aku. Aku tak nampak siapa didalam, tetapi aku terus angkat tangan dan melambai-lambai kepadanya. Kerna ku yakin, mereka berada didalamnya dan mereka juga membalas lambaian tangan ku. Aku cukup gembira. Pengalaman yang tidak akan aku lupakan.


Oh.! Dan gambar ini, autograph poster MUSE semasa konsert 2007, untuk TV9. Kisahnya, owner jumpa poster ini dibawah meja bos dia semasa bekerja di TV9. Ia seolah tidak bernilai langsung.! Owner dapat rasa nilai poster ini sangat bermakna lalu terus ambil dan simpan sebaiknya, walaupun tidak berapa meminati band ini. Dan semalam, owner decide nak lepaskan poster ini kepada aku dan kini, ia milik aku.!


How does it feels, when you have the actual autograph signed by your idol? One word.
PRICELESS.!!



0 komen: